Saturday, September 19, 2015

Masih Seorang Pelajar

Assalamualaikum :)

Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia. Salam 1 USM :D

Okay, buat yang dah tahu, ya, buat yang tidak tahu, hurm Aina Nadiah sedang melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana di Universiti Sains Malaysia, Penang. Perjalanan baru sangat2 bermula. Baru week 2. Yeah yeah, kali ini untuk pertama kalinya dia tinggal jauh dari Kuala Lumpur, jauh dari mama dan abah. Memang lah mungkin ada yang kata alaaahhh masih di Malaysia bukan? Aku pun tahu cuma lebih kurang 400 km away! Aku mungkin tak perlu menaiki burung besi, berada di awan biru selama berbelas-belas jam, tapi kisah kita tak sama. Lain ceritanya. Ini satu cabaran buat aku. Takpa, meneruskan pengajian ini juga bukan paksaan daripada sesiapa, malahan dapat sokongan padu daripada keluarga. (Sujud syukur!)

Permulaan yang tidak begitu bagus masa hari pendaftaran 05092015 :'( Owh, USM!!!! Please do something. Ubah la sistem masa hari kejadian ke apa. Macam2 la yang jadi pada aku dan kawan2. Aku tak keseorangan lah kiranya. Allah hantar orang yang baik2 senasib dengan aku untuk teruskan perjuangan. Terima kasih banyak Yam, Kinah :D Rasanya takdak hampa rebah tengah jalan dah kot Aina ni. Lari balik KL. Tapi kami gagah. HAHA. Redah sana sini uruskan semua. Alhamdulillah berjaya. Selesai :D Jumpa pulak Umie dengan Athirah, yayy kawan Seseri. Allah temukan kami dekat sini, dari lepas sekolah tu mana pernah jumpa. Yang akan tanya, Aina dah makan? Bakti okay? Tunggu kami pi ambik kita makan sekali. Nanti Umie pinjam helmet kawan, Umie ambik Aina bawak naik scooter. Mengalir air mata dibuatnya. Yang bawak aku pi Tesco masa hari first masuk hostel, sepertinya tahu aku memang tak cukup barang. Terima kasih setinggi Gunung Everest!

Aku masih lagi bertuah ada saudara mara yang tinggal dekat2 sini. Ehhhh, kan Penang dengan Kedah tu kampung aku :P Gembira bukan kepalang lah, bila Chu Non Chu Ton dok layan ambik bawak balik rumah depa, mai hantaq kat USM balik :) Yang selalu tanya, Nadia sihat? Yang pi farmasi cari ubat takut keadaan aku tak stabil. Yang dok tanya nak makan apa, nak beli apa, Chu boleh masak. Moga Allah balas dengan kebaikan juga buat kalian. Jaga aku macam anak sendiri. Pakcik Rody dengan Makcik Mahani yang bagi aku duduk rumah dia masa tak dapat asrama hari tu. Yang hantaq pi rumah Yam supaya aku boleh pi USM sama2 dengan dia. Terima kasih ya Allah permudahkan segala urusan. Masa hujung minggu pertama kebosanan sepertinya kelam tak dapat nak teruskan hidup, Mak Ndak dengan Pak Ndak saja nak datang ke Penang. Ambik aku bawak pi makan2 :P Terharu sangat2 aihhhh.

Bila mana 11 hari sudah berada di sini, aku dah terror la sikit kan. Jalan nak ke kelas, ke kafe, ke pasar malam, ke uptown mall USM, ke masjid, dan beberapa gate di USM ni aku berjaya redah. Kira tak sesat dah la :D Eh banyak jugak tempat aku jejak :P USM besar lah, banyak lagi ko nak kena explore, Aina! Dan kemudian itu, kerinduan memuncak dan dia mengambil keputusan untuk pulang ke kota. 5 jam naik bas dari Butterworth. Bukan lah first time sebelum ni pon balik kampung pernah naik bas sorang2. Tapi kali ni feeling dia lain, counting every hour, second kot nak sampai. Hihi. Now I know macam tu la kot kawan2 di UIA yang tinggal jauh2 tu. 4/5 days di rumah, bahagia betul. Homework takde lagi, makan sedap, semua benda depan mata. Sempat la jumpa kawan2, selesaikan urusan mana yang patut. Tiba masa untuk pulang. Ewaaaahhhh! Sedih, sebak >.< Naik bas turun Sg Nibong. Tudia kat mana lah pulak kan. Terus masuk pulau lah. Mama kata kenal2 lah jalan. Okay. Sampai2 tercangak-cangak rasanya kat sana. Bas Rapid banyak tapi ehhh tak lalu USM. Apekaahhh? Last2 ambik teksi. Lorrrhhhh, dekat je sebenarnya. Selamat sampai ke room sweet room.

Macam dah panjang je aku taip, dok merapu apa Aina? Okay2 nak stop dah. Esok lusa aku balik KL lagi. Raya haji :) I am taking the opportunity lah. Lepas ni kena dok diam2 kat sini. Hek3. Kalau hampa layan baca ja, terima kasih lah. Last sekali, Aina nak minta, doakan Aina untuk terus kuat untuk habiskan pengajian ni untuk teruskan kehidupan di sini :) Insha allah, berkat usaha dan doa semua, aku mampu harungi semua ni. Moga Allah bantu kalian selalu juga :)

*rasa nak update lagi lah lepas ni*

Belanja gamba satu. Hihi. Dia lah budak tu.

Wednesday, June 24, 2015

The Struggle Isn't Over Yet

Happy Graduation, Aina :')

Alhamdulillah, I've made it to the finishing line. Another chapter of my life has officially ended. At least for now :P I am done with the formal education. Counting days for my convocation day. I've finished my student life. (Dan bersama itu berlalulah 5 tahun yang padat dengan kenangan). Looking back, I should have be thankful that Allah SWT must have helped me a lot throughout the journey. The years of studying, reading those books and articles, memorising, exams so on so forth are now been paid off. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. I hope these 3 1/2 years of my degree has prepares me to face the challenges in the outside world. 


This Bachelor Degree means a lot to me though I know it was not kebabooom like what, First Class Honour! IIUM grading system a bit higher kot. HAHA. Hey, Second Class Upper wasn't that bad though :') ahhha, still proud of myself for this achievement. I could've done it better but NO REGRET! To me, life at the university is about finding yourself, you study, and at the same time you play :'P Perhaps some of you might find your life partner or soulmate what not in the university. HEHE. Make use of all the time during study because it won't happen twice. Embrace the moment, unleash your potential, but still don't ever forget your textbook. So yeaaahhh, the people you meet, the contacts you make, the activities you join and the fun you have, everything, all of them pay higher returns in both the present and the future than your textbooks will ever be :')


Anyways, the struggle isn't over yet. I am now enjoying my sweet and fun time at home for a little while (I guess). Hihi. Pursuing Master Degree? Get a job? Not an easy thing to decide though. Whatever it is, I will do my very best. Thank you Mama, Abah, Families, Friends for your help and dua. Moga langkah lepas ni dipermudah Tuhan.




Can't imagine my life would be without these people. 
I spent most of the time with them.
 Terima kasih untuk semuanya, yang tak pernah berkira, yang sayang seadanya.

Wednesday, March 25, 2015

MidSemesterBreak

Just for the sake of updating.

Waalllaaaahhhhh, I am here :) yadayada. I actually got no idea what to write. Eh, wanted to do something else, turned up I open my blog. HAHA.

Well, I am home for a week for my mid semester break. Hmmm, most of the time, I am just at home, going out sikit2 with friends. Rumah sebelah tgh renovate, so so kungkangkungkang, bising lahhh. kelekuk kelekuk! haih. Byk sebenarnya kerja kena siapkan. Amboiiii kau Aina, berbahagia, semua benda dibuat secara perlahan-lahan >.< asalkan selamat. Rutin cuti masih seperti biasa, apa lagi, masak, mengemas rumah dan pelbagai lagiiiiiiii~

Yesterday, 24th March 2015 probably one of the best days in my life. The day my dream came true. Alhamdulillah. One step closer. I am living the dream. I will try my best, Insha allah. Mohon doa semua. Mungkin saya akan kembali bercerita lagi itu dan ini.

#prayfornadia


Saturday, December 20, 2014

Taaruf Week #1

So yeah, saja nak abadikan kenangan dalam blog usang ini agar aku mampu melihat kembali memori bila2 masa mungkin aku terlupa saat2 manis hidup ini.

First time when I was selected to become one of the Taaruf commitee, I was so happy. I got thrilled. sebab semua org cakap seronok jadi komiti taaruf ni. dah la baru balik dari Program Anak Angkat waktu tu. I never thought that everything comes at once. Kiranya cuti semester yang lalu, mcm tak cuti lah. Kena berkampung di UIA utk dua minggu. Jadi sebelum tu, kami dibawa ke Pahang utk induction. I had fun, kenal dengan ramai kumpulan kawan2 yang baru :D


 Ready to go for water shooting :)








Serba sedikit, aku dapat Biro Prep & Tech. deal dengan barang lah ceritanya bukan manusia. HAHA. best juga tau. pengalaman baru bersama orang yang baru, dua minggu mengadapa muka sama mmg jadi rapat lah. makan sama, main game sama, tgk movie sama, and yang paling penting buat kerja sama2. byk juga lah rahsia di CAC main hall tu aku tau. semua tempat aku jelajah, teroka. ceewaaahhh :D

Bila taaruf dah habis hari terakhir tu, ada Appreciation Dinner :D yayy. makan sedap and semua pun gembira. cukup la kot sekadar ini. saja aina nadiah nak coretkan sbb memori dia 2GB ja. haha. terlanggar dinding lupa habis -.- okay bye~


Thursday, July 3, 2014

Baktisiswa 2014


Assalamualaikum, dear readers :D


Ini kali pertama saya join program seumpama ini :D 
Baktisiswa dan Program Anak Angkat. 

Many universities in Malaysia did this kind of program too. And for some, they even did it overseas like my cousin, she went to Indonesia for Program Anak Angkat :D

It was organized by Sendi Club. So, after went through meetings, discussions, and etc etc, we had successfully managed to held this program. On the 16th to 19th January 2014, we went to Kampung Rumpun Makmur, Temerloh, Pahang Darul Makmur. The journey from IIUM to Temerloh was about 3 hours by bus~ Owh, forgot to mention, together with us the 40 members of Sendi club, we bring along 7 kids from Persatuan Kebajikan dan Anak-anak Yatim Al-Nasuha.

We reached Rumpun Makmur around 5 pm on the 16th January. after the opening ceremony, we were given one foster family to be/live with during our stay. Aina dapat mak dan abah yang baik hati sangat. Alhamdulillah. Together with me was Nana and Adibah. But they were coming on the second day. On the first night, I was all alone :P We gathered at the mosque after Isya', discussed few matters and prepared for tomorrow activities.




On the 17th January, in the morning, we gathered at the main hall and did exercise there before everything started. We were divided into two teams. One team will be going to the school to have some activities with the primary school kids. and the other team will stay at the Rumpun Makmur for gotong royong :D Aina Nadiah pergi ke sekolah ye :) bersama kanak-kanak riang disana. SK GUNONG SENYUM :D Saya tak pernah tengok suasana sekolah dan murid-murid di sekolah luar bandar atau pun kampung. Mereka kelihatannya sedikit pendiam jika saya nak bandingkan dengan Sri Delima(sekolah rendah saya dahulu). Mereka sangat gembira dengan kehadiran kami. Mungkin kurang bercakap, tapi sentiasa tersenyum :D Guru-duru juga sangat baik orangnya~ Beberapa aktiviti telah kami jalankan di sana mengikut modul-modul yang telah ditetapkan. ohooo, had a breakfast there too. Nasi Lemak with the school teachers~ Wee.







Okay, after Zuhur, Ziarah Bakti :D We went to few houses. Bagi bantuan dan sumbangan. The first house that I went to was this old woman yang dah uzur living with his son. We had a chat and then off to another house. It reminds me of my grandparents as they are no longer in this world. May their soul rest in peace. The second house we went to was this macik that has anak kurang upaya. Her daughter is 8 years old. Tapi tak boleh buat apa2, hanya terbaring sahaja. Ya Allah, masa tu memang rasa bersyukur sangat Allah bagi nikmat, lahir dan boleh membesar dengan sempurna. And the last house we went to was this atuk, pun dah tua juga. dia cakap panggil dia aki(macam dalam Pada Zaman Dahulu punya kartun tu) hihi :) Baik dan tabah sangat orangnya. Tinggal seorang tapi still ada anak-anak yang selalu balik menjenguk. Memang rindu sangat kat tokwan Aina masa ni. Daripada aktiviti ziarah ni, banyak benda la kami boleh rasa :)




Hari tu juga kami ada Bacaan Yaasin di masjid petang tu. Macik2 di Kg Rumpun Makmur bawa kuih-muih yang banyak dan sedap untuk makan petang tu. Dan pada sebelah malamnya kami ada ceramah perdana daripada pensyarah UIA :D


On the third day, we went to Gunung Senyum :D Before this Aina dah pernah panjat Gunung Angsi(CFS dulu) and Broga Hill(1st year) even though Aina bukan la minat sangat benda2 macam ni. HAHA. Tapi gunung ni lain sikit. Dia adalah gunung bergua. Ada tangga, so tak perlu nak hiking macam naik gunung or bukit yang lain tu. Hehe.






Hari ketiga ni mmg penat sikit. Sebelah petangnya, kami ada Sukan Rakyat :D macam2 games kami main. Galah panjang, bola beracun, macam2 lagi lah. Ramai orang kampung turun padang, dari yang kanak2,dewasa dan warga emas pun join sekali walaupun time tu hujan renyai2. huhu. Ini pun kali pertama Aina experience benda macam ni. Sporting juga dorang semua ni. Layan gambar je lah ye. (eh gambar sukan rakyat takde pulak, hmm kat handphone orang lain lattew)

Malam tu juga, kami ada Malam Kebudayaan. pheww, memang letih lah. Hiho. Tapi taklah semua orang terlibat. Ada persembahan daripada orang kampung, pelajar Uia, dan kanak2 yang kami bawa bersama tu :) Okay, habis cerita hari ketiga. Balik memang tidur lena sbb letih sangat~

BLURR!! Aina, Adibah, our Mak, and Nana






Adik-beradik angkat suatu waktu di Rumpun Makmur dulu :P


Adibah dengan Nana, pelajar Econs majoring in Accounting :D

Hari keempat dan terakhir di Kampung Rumpun Makmur. Ada majlis rewang dan makan2. umpamanya macam kenduri lah :) Kami masak bersama orang2 kampung :) Sekali dengan majlis penutup lah selepas tu. Makanan2 tu mmg betul2 mcm lauk kenduri kawen :D hehe. selepas majlis penutup tu, sempat la kami ronda2 sekejap, singgah kenal2 rumah mak angkat kawan2 yang lain :D


Lewat petang 19 Januari itu,kami bertolak pulang ke UIA :) :D Kami tiba di UIA lebih kurang pukul 9 malam dengan membawa seribu kenangan dari Temerloh :D Mak Abah, terima kasih untuk semunya. Jaga makan mminum kami 4 hari ni, bagi tempat tinggal yang selesa, bagi kami motor supaya senang nak bergerak, hantar kalau risaukan kami bila nak pergi beraktiviti, bagi Aina drive kereta abah. hehe :D Thank youuuuu!!!!



ni Puan Aisah. banyak sangat bantu kami daripada sebelum pergi sampailah hari kejadian ada di sana :D


Insha allah, kalau umur panjang ada kelapangan, saya akan kembali ke Rumpun Makmur :D



Fuyooo, saya tulis panjang. Hihi. Tata.

Ramadhan Day 5~