Wednesday, October 19, 2016

Count your blessings

Indeed, Allah works in a mysterious way to His servants. Magical. The way beyond what I imagine. Living here, going through this postgraduate journey, and dealing with these stuffs always made me cry. Feeling down, demotivated, you just tell me what any other negative emotions that I could feel ;'( I am not always strong, but I do not easily give up. The time when I feel lonely, there come a friend or two who will ask me for dinner, who will cheers me, who will hold my hands and say we can do this. This is just a phase, temporarily. Luckily, around me are all the people who always ALWAYS spread the positive vibes! The people who did not judge me for who am I. (or they judge inside, hehe) People with a kind and beautiful soul. You are all so so pretty inside out. I was too overwhelmed with too much kindness that people showered me. I am very grateful and thankful, Alhamdulillah. Thank you, Allah.


I AM FOREVER BLESSED!!


"So, which of His favour will you deny?"

Friday, October 14, 2016

Sakit itu penghapus dosa

It is nearly there.
I am getting there.
Bersabarlah!
Dear body, be strong.


Couldn't wait to meet the doc and he will finally say,
YOU WILL BE FREE FROM ANY MEDICATION NOW.

Tuesday, October 11, 2016

Antara keinginan dan rasa hati

Ceh ceh ceh tajuk kau. Dah kenapa? Kepala dia dah terhantuk ke dinding gamaknya. Ohh, berhabuk rupanya blog ini. Perkara kehidupanku hanya seperti biasa. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, mandi, breakfast. HAH! pergi kelas, baca thesis, menulis, makan, tidur. Jangan risau, masih berbahagia. Aku rindu rumah, rumahku di Kuala Lumpur. Aku rindu kotaraya itu, terpaling rindu, sehingga mahu mengalirkan air mata. Ini kali lah lama yang paling terlama dalam sejarah duduk di hostel tanpa pulang -.- AHHH, kau sedih ke apa sebenarnya? berhujung mingguan bersama rakan, mengukur shopping mall, seronok juga bukan? Ya, seronok, semalam kawan aku, yang baik dan sungguh baik itu (nama terpaksa dirahsiakan, jangan nak mengorat) HAHA. telah tidak lagi jiwanya tidak keruan setelah dia dan cinta hatinya (eh semalam belum, masih hanya orang yang digemarinya sahaja) ke stage yang seterusnya. Kalau aku kira, kisah mereka macam kelakar. Takpalah, semoga ke jinjang pelamin, doa aku. Sedikit sebanyak disebalik kisah keberjayaan hubungan mereka, aku adalah dalangnya dan tulang belakang. HAHA power kot aku. Nak minta tolong atau khidmat nasihat, okay please email me. takpun PM tepi. Ehhhhh! Susah jugak rupanya tengok orang bercinta. Serba tak kena. Perrrghhhhh. Okay okay, dah takde idea lah, nak tulis apa? Yelah, saya memang bukan penulis. KAH KAH KAH. Apa benda sebenarnya yang keinginan lah rasa hati lah? Susahnya nak cakap. Susahnya nak zahirkan. Tak best lah kena taip taip, kelajuan jari saya menaip tak sama dengan kelajuan otak saya berfikir. Rasa hati ni macam mendalam, mengusik jiwa setiap kali, keinginan terlalu pelbagai, kadang2 sehingga tak perlu. Okay lah, I will stop for now. Later sambung :)

Tuesday, September 6, 2016

Hidup perlu diteruskan

Hidup ini ibarat roda. Kadangkala kita dibawah dan kadangkala kita di atas. Bukan selalu kita boleh berada di awangan kerana kita sentiasa perlu berpijak di bumi yang nyata. Tapi tak salah bukan ada impian dan cita-cita yang tinggi melangit? Cuma, itulah. Siapa yang suka berada di bawah? Perlu bangkit semula selepas melalui episod duka. Saya percaya dalam dunia ini mana ada benda yang senang tersenang yang amat senang sekali. Menipu. Dusta belaka semua itu. Jadi bilamana kita jatuh, kita perlu beri ruang dekat diri kita sebab selama ini mungkin kita rasa selesa, sentiasa hebat, sentiasa di hadapan dan tak pernah rasa berada dibawah yang paling terbawah, maka beri ruang dan peluang dekat diri kita untuk bangun pelan-pelan.

Rome doesn't build overnight.
So does success =)



I have to find my grit once again.

Monday, September 5, 2016

Hello new semester :D

A new beginning, of course.

It feels like I have to/want to write here. Today is the first day of the new semester. I am still here. USM and Penang, my second home. I know I am probably not like my other friends who have started working, ada karier yang bagus dan saya masih lagi bergelut untuk tamatkan semua ini. But, insha'allah slowly but surely, I am the same old me who is ready for a new adventure. Insha'allah. Please pray for me, people! It was hard, the decision I've made, I hope is the best. May Allah guide me and give me strength to go through this.

At this point, saya selalu percaya rezeki Allah itu luas. Semua yang kita dapat hari ini adalah dengan izin Allah. Selagi mana kita berusaha, pasti ada jalannya. Bila mana saya selalu rasa down dan rasa tak cukup, saya selalu ingatkan diri ini yang bukankah Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang jika kamu bersyukur, aku akan tambahkan lagi.

Indeed, this journey has taught me a lot. Life is never meant to be easy. Bila mana kita rasa selesa dengan apa yang kita ada dan dapat sekarang, next ujian dah ready nak datang. Terlampau selalu saya perlu muhasabah dan motivasi diri. Kurangkan tengok kelebihan orang lain dan compare orang dengan kita. Sudah pastinya cerita kita takkan pernah sama :'( Everyone has their own struggle. But I am so lucky that I have genuine friends and supportive family members yang selalu nak dengar rintihan yang pelbagai ini. Memang saya insan lemah walaupun cuba nak jadi gagah selalu. Bila dah buat master ni, saya selalu jumpa lecturer dan student PhD yang pastinya dugaannya beribu juta lemon lebih berat. Maka, terasa saya kerdil disitu.

Yang pastinya, postgrad journey semua orang berbeza-beza. Please please please do not ask question yang mampu mengguris jiwa hati dan perasaan orang. Sebab semua orang pun tengah berusaha sedaya upaya termampu berlari-lari untuk sampai di garisan penamat. Sama2 lah kita doakan kita, ya.

Cukuplah. Saya nak start baca article, journal, mahupun thesis. Tak perlu tahu macam-macam jikalau saya sambung lagi maka akan terkeluarlah segala cerita yang kalian yang tidak perlu. HAHA. Nak tahu lagi, sila PM tepi. Eh tak, saya main-main je. Okay sudah.


Doakan segalanya dipermudahkan.
Semoga seisi alam ini mendapat perlindungan dan redha Allah selalu :)
Aminnn.