Tuesday, September 6, 2016

Hidup perlu diteruskan

Hidup ini ibarat roda. Kadangkala kita dibawah dan kadangkala kita di atas. Bukan selalu kita boleh berada di awangan kerana kita sentiasa perlu berpijak di bumi yang nyata. Tapi tak salah bukan ada impian dan cita-cita yang tinggi melangit? Cuma, itulah. Siapa yang suka berada di bawah? Perlu bangkit semula selepas melalui episod duka. Saya percaya dalam dunia ini mana ada benda yang senang tersenang yang amat senang sekali. Menipu. Dusta belaka semua itu. Jadi bilamana kita jatuh, kita perlu beri ruang dekat diri kita sebab selama ini mungkin kita rasa selesa, sentiasa hebat, sentiasa di hadapan dan tak pernah rasa berada dibawah yang paling terbawah, maka beri ruang dan peluang dekat diri kita untuk bangun pelan-pelan.

Rome doesn't build overnight.
So does success =)



I have to find my grit once again.

Monday, September 5, 2016

Hello new semester :D

A new beginning, of course.

It feels like I have to/want to write here. Today is the first day of the new semester. I am still here. USM and Penang, my second home. I know I am probably not like my other friends who have started working, ada karier yang bagus dan saya masih lagi bergelut untuk tamatkan semua ini. But, insha'allah slowly but surely, I am the same old me who is ready for a new adventure. Insha'allah. Please pray for me, people! It was hard, the decision I've made, I hope is the best. May Allah guide me and give me strength to go through this.

At this point, saya selalu percaya rezeki Allah itu luas. Semua yang kita dapat hari ini adalah dengan izin Allah. Selagi mana kita berusaha, pasti ada jalannya. Bila mana saya selalu rasa down dan rasa tak cukup, saya selalu ingatkan diri ini yang bukankah Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang jika kamu bersyukur, aku akan tambahkan lagi.

Indeed, this journey has taught me a lot. Life is never meant to be easy. Bila mana kita rasa selesa dengan apa yang kita ada dan dapat sekarang, next ujian dah ready nak datang. Terlampau selalu saya perlu muhasabah dan motivasi diri. Kurangkan tengok kelebihan orang lain dan compare orang dengan kita. Sudah pastinya cerita kita takkan pernah sama :'( Everyone has their own struggle. But I am so lucky that I have genuine friends and supportive family members yang selalu nak dengar rintihan yang pelbagai ini. Memang saya insan lemah walaupun cuba nak jadi gagah selalu. Bila dah buat master ni, saya selalu jumpa lecturer dan student PhD yang pastinya dugaannya beribu juta lemon lebih berat. Maka, terasa saya kerdil disitu.

Yang pastinya, postgrad journey semua orang berbeza-beza. Please please please do not ask question yang mampu mengguris jiwa hati dan perasaan orang. Sebab semua orang pun tengah berusaha sedaya upaya termampu berlari-lari untuk sampai di garisan penamat. Sama2 lah kita doakan kita, ya.

Cukuplah. Saya nak start baca article, journal, mahupun thesis. Tak perlu tahu macam-macam jikalau saya sambung lagi maka akan terkeluarlah segala cerita yang kalian yang tidak perlu. HAHA. Nak tahu lagi, sila PM tepi. Eh tak, saya main-main je. Okay sudah.


Doakan segalanya dipermudahkan.
Semoga seisi alam ini mendapat perlindungan dan redha Allah selalu :)
Aminnn.

Tuesday, August 2, 2016

Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN :)


Syawal is coming to really an end. Tomorrow is the last day :') Nothing much about my raya. I celebrated in Kuala Lumpur. Met families and friends, bersalaman, berziarah, makan-makan and etc etc. I still received duit raya which makes me happy. Syawal to me hari kemenangan. Gotta celebrate. Dalam masa yang sama kena sentiasa bersyukur. As time passed by, I love where Raya will be the time kita celebrate, berziarah, bermaaf-maafan, kenal each other, eratkan silaturrahim. Kalau boleh mmg nak jumpa semua kawan-kawan, but it is impossible la kan. *Nanti kawen I jemput* hihihihi. Thank you to those yang datang rumah aina, yang mana kita sempat berjumpa, yang tak sempat, insha allah there will always be next time :') Moga ada rezeki kita nanti. And at the age of 24, but you are still not working, people will go, buat apa sekarang? And because you are small in size, fewe makciks will go, Form berapa sekarang? *Ehhh, I look that young ke?* muahahaha.


As cliche as it might be, and you don't even know the answer,

BILA NAK KAHWIN NI ????


Apa makna Syawal pada anda?.

Monday, June 27, 2016

Secebis 2015 untuk diingati

Salam. Hai. Saja. Cuma rasa nak berceloteh. (eh favourite kot, bukan. eh tak, hobi juga la kot sikit-sikit) HAHA. Apebenda kau ni Aina? Hishhh. Tak tahu nak cakap apa, pergi main jauh2 sana. Maaf tuan-tuan dan puan-puan kalau mengganggu ketenangan anda, you may click the 'X' button on your right up there :) Sekian terima kasih. Okay, okay, nak sambung ni. Mari kita mulakan.

2015, saya kira satu tahun yang baik, antara yang akan dikenang sehingga akhir hayat. Ewaaahhh ape tahun lain tak beri makna untuk kehidupan kau ke? Beri-beri cuma mungkin 2015 lebih lagi. (Sila tepuk tangan). Dalam 2015 itu juga pastinya ada kejatuhan saya. Bukan jatuh tangga atau jatuh tergelincir okayyy! Ups and downs lah kiranya. Ingin sekali saya merakam segalanya di blog ini agar ia akan menjadi lipatan sejarah yang kekal abadi. :)

Tidak dinafikan 2015 itu terlampau banyak kejadian yang best, tak best malahan aneh berlaku dalam hidup saya. Mari saya listkan. Saya ke Singapura bersama teman-teman. Final semester untuk undergrad di IIUM. Grad dari IIUM. Kerja di Mood Republik ( ini pun nak bagi tahu ke? Suka hati lah ;p) Raya dengan bahagia. Interview di USM untuk Master. Bercuti di Down Under. Kehidupan sebagai pelajar semula. STOP STOP. Sudahlah tuuuuu.

Dalam semua yang tersenarai itu ada lagi episod duka lain di antaranya :'( cry cry cry. up until today mengingati kembali peristiwa ini, saya akan sebak mengalir air mata sebab masa itu dunia saya seakan gelap, memang nak terbalik walapun masih mampu berdiri tegak dan berjalan betul. Sepertinya saya masih diberi peluang kedua untuk terus hidup di dunia fana ini. untuk terus berbuat kebaikan dan bertaubat atas segala dosa.

6 August 2015. Semua kisah itu bermula. Badan saya seram sejuk. Bagaikan nak demam. Dan akhirnya memang demam pun panas sangat. Menggeletar. Tak mampu buat apa lagi. Bawah selimut je lah ceritanya. Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena. Sad sad sad. Hari itu juga, saya ke klinik bersama abah. Suhu badan saya 38.9 degree celcius. Hmmmm, apa lagi terus kena ambil darah! Keputusannya hari itu juga, Aina Nadiah kurang darah merah, kurang zat besi. Tak expect tapi expect. Sebab dulu masa 13 y/o memang kena berulang ke hospital untuk hal yang satu ini. After 10 years, it comes back. It really happen.



Inilah dia ubat-ubatan daripada klinik kesihatan itu. Wuwuwuwu. Perit oiiii makan ubat. Bukan lah sejenis yang susah makan ubat tapi kalau dah banyak macam ni, tak lalu oiiiiii. Azab lah sehari-hari kena paksa diri makan. Demam, batuk, selsema, iron tablet, B-Complex, folic acid. Serupa orang mengandung punya ubat pon ada. Adoyaaiiiii.

Rajinnya kau menaip wahai Aina. Eh eh okay saya sambung. Fast forward, on 19th of August 2015, I had been admitted to the hospital :'( Tapi sebelumnya ada lagi rentetan kisah ini. Saya kembali ke klinik untuk follow up, x-ray dan sebagainya. Saya juga hampir dimasukkan ke hospital sebelum tarikh itu. Di keheningan malam, around 830 pm, saya semakin lemah. Lembik. Mama dan abah membuat keputusan membawa ke hospital untuk berjumpa pakar. Sebab asyik demam on off. Nasib baik selera makan okayyy.



So, here I am before admitted itu. Selepas berjumpa dokter dan again ambil darah lagi lebih byk kali ini. Nak nangis, sbb asyik x dapat :'( Jarum juga telah dimasukkan selepas itu. Kena drip air lah. Haih, for the first time in my life. Pengalaman lah. Tapi tak lah best kawan-kawan. Macam kena duduk dekat pusat tahanan >.< Bhahahaha.


See :P Lambat rupanya air tu nak masuk ke badan kita. Setitis-setitis mungkin. Aina cuma acting cool. Try to be relax as possible. Hehe. Tak lawak okay. Doktor cakap it is like I am having fever for unknown reason -.- Kalau macam ni, apa yang perlu saya buat dokter? 


Dugaan. Ujian. Pedih. Perit. Betullah kau lebih menghargai bila kau kena tarik nikmat tu daripada hidup kau. Lagi2 nikmat kesihatan. Please guys, don't take your health for granted. Tu semua tanggungjawab kita. 19th of August 2015, aku tumpas juga akhirnya. Berpagi-pagian bersama mama dan abah ke hospital, sebab memang ada appointment. Kalau tak, buat apa nak pergi kan. Hehe. Sekali, doktor pakar kata, KENA TAHAN WAD!!! Hah, I bring nothing along with me that day melainkan handphone dan sedikit wang, obviously sbb bawa purse lah kan. Can I go home first and come back? They replied, SORRY. CANNOT. We won't allow you to do that :'( Terpinga-pingalah Aina Nadiah disitu, masih tidak berapa percaya yang dirinya akan perlu stay di hospital yang tidak diketahui lagi berapa lama :'( akan tidur di atas katil hospital, dipantau oleh dokter2 dan nurse2 yang berkaliber. Dengan tenang, Mama dan abah kata tak apa, mereka akan pulang dan berkemas apa yang saya perlukan :) Terlalu, terlampau baik mereka itu.


Lebih memeritkan keadaan, disebabkan tak cukup vitamin saya perlu diet vege. Kata dokter itu. WHAAAATTTTT??? Can you imagine, makan nasi bersama sup sayur, tahu goreng dan sayur sawi :'( Jika anda mengenali saya, anda akan tahu tabiat pemakanan saya. Yes, saya kurang sangat2 makan sayur. Amat selalu dimarahi, dan masih tak sedar diri. Sepanjang kehidupan saya, saya tidak makan sayur dan juga takut mencuba. Namun, slowly makan carrot. itu sahaja. Seterusnya saya rasa bayam itu sedap. itu sahaja. Percaya atau tidak, ini memang memilukan, sehinggakan saya rasa, kenapa perlu saya disiksa sebegini rupa? (sorry lah hiperbola, sebab saya memang makan sambil pejam mata lalu air mata itu tetap juga mengalir.) Saya cuma ingat satu perkara mama cakap, "Please Nadia, makan! Kesiankan diri sendiri. Mama tak boleh tolong. Pedulikan pahit atau apa saja. Ni semua makanan berkhasiat". And I did. Saya masih ingat bagaimana perasaan dan rasa itu. Of course lah, keesokan harinya saya cheat sikit, mama masak kari ikan, so makan sayur2 yang banyak tu beserta kari ikan. Sedap bukan? Dan sepanjang disana, hari2 yang saya lalui agak bosan. YA BOSAN!!!! Saya sudah penat disuruh berehat.... 


That is Mahirah :) A future doctor masa ni. Cepat betul masa berlalu. She has just graduated this year. Just week ago. Takpayah gambar besar2. Serabut je hari2. Tak pernah saya membayangkan saya akan memakai pakaian berwarna hijau itu. Mwahaha. Thanks a lot dear friend for visiting me. Terima kasih banyak2 sangat2 kepada yang mendoakan saya agar cepat pulih dan sembuh. Tanpa anda sedari, anda telah menyuntik sokongan moral dalam diri saya. (waahhh, lama benar rasanya tidak berbahasa melayu baku).


SILA JANGAN GELAK!!!
Mimi, thank you for coming :D Siap makan2 dekat kafe lagi bersama-sama. Dan alhamdulillah setelah 3 malam berkampung di hospital, saya dibenarkan pulang. Huuuurrraaaaayyyyyy!!!! Melompat girang dengan kerinduan terhadap rumah yang sudah memuncak. Alhamdulillah. Consider everthing is alright walaupun masih perlu makan ubat :D Perkembangan positif, saya kini dah banyak sikit makan sayur. Hehehe. Pencapaian yang agak hebat disitu. Terima kasih nurse dan doktor yang merawat saya dengan baik sekali, moga Allah balas segalanya yang baik2 untuk kalian.



Ini adalah gambar rentetan sesudah demam :D hihi. Kurusnya waktu ini. 
Berat turun dan badan ofcos lah susut sedikit.


Hashtag Kenangan Pahit

Wassalam.

Monday, June 20, 2016

Happy Father's Day

Hi.

As far as I could remember, I rarely share or write something about my dad. I call him ABAH :) Hmmm, kenapa eh? Sedih betul. Tapi saya ada banyak je kenangan bersama Abah. Dari kecil sampai dah besar panjang ni. Yelah, pada siapa lagi tempat kau nak bergantung harap kalau bukan mak ayah kan...Hehe. Kalau nak list kan satu-satu panjang berjela-jela lah karangan aina nadiah tentang bapa saya dan pengorbanan dan jasanya :P hehehe.


He is the type of dad yang akan tanya, macam mana sekolah hari ni? what happen? kerja sekolah ada? macam mana exam? okay tak?

He is a type of dad yang akan bawa kemana sahaja kalau benda tu melibatkan pelajaran. Masa sekolah dulu kena buat folio habis serumah kena dengan Aina ni. Haha. Nasiblah. Bawa pi library, nak interview kawan mama yadayada.

He is a type of dad yang akan sentiasa tanya okay ke tak? Sihat? setiap kali call daripada asrama. Ni lah manusia yang mengada kadang2 air takde nak balik, baju tak basuh minta tolong ambilkan supaya boleh basuh dirumah, yang tiba2 rasa nak makan makanan mama masak, nasib lah duduk asrama tak jauh mana. tapi tu semua wayang masa Form 1 je. dah naik F2 semua boleh je buat sendiri :)

He is a type of dad yang bila anak sakit, akan secepatnya datang sekolah melawat, bawa klinik ambil bawa balik ke apa ke, walaupun dah lewat malam dan esok tu dia nak kerja :'( I am probably anak yang agak selalu sakit, immune tak kuat. ulang alik hospital masa F1 byk lagi lah yg sakit kecik2. -.-

He is a type of dad yang tak pernah kata NO bila anak2 minta tolong. Sedaya upaya nya tolong dan luangkan masa untuk semua anak dia.

He is a type of dad yang selalu akan tanya, duit ada lagi tak? what else do you need? Okay nanti abah bank in duit. Jgn sayang sangat duit kalau bab makan. Hehehe.

He is a type of dad yang byk membaca, ambil tahu mcm2 perkara, suka cerita balik, minta pendapat, dan selalu buat kami berfikir. Jarang la nak marah atau membebel tapi kalau dah naik angin tu takut la juga >.< errkkkk.


Banyak sgt lah aina fikir lately, lagi2 rasa tanggungjawab sebagai anak. rasa berat. tiba masa untuk berbakti. They are growing older dalam kita sibuk mengejar impian dan macam2 lagi lah. Okay abah, Selamat Hari Bapa. Abah itu tiada galang gantinya :) Sayang tidak terperi. Please do know that I love you so so much!!!!!



Moga Allah balas segala kebaikan yang abah dah buat, 
moga Allah beri kesihatan yang baik, moga abah dalam peliharaan Allah sentiasa.


Love,
Nadia.