Saturday, September 19, 2015

Masih Seorang Pelajar

Assalamualaikum :)

Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia. Salam 1 USM :D

Okay, buat yang dah tahu, ya, buat yang tidak tahu, hurm Aina Nadiah sedang melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana di Universiti Sains Malaysia, Penang. Perjalanan baru sangat2 bermula. Baru week 2. Yeah yeah, kali ini untuk pertama kalinya dia tinggal jauh dari Kuala Lumpur, jauh dari mama dan abah. Memang lah mungkin ada yang kata alaaahhh masih di Malaysia bukan? Aku pun tahu cuma lebih kurang 400 km away! Aku mungkin tak perlu menaiki burung besi, berada di awan biru selama berbelas-belas jam, tapi kisah kita tak sama. Lain ceritanya. Ini satu cabaran buat aku. Takpa, meneruskan pengajian ini juga bukan paksaan daripada sesiapa, malahan dapat sokongan padu daripada keluarga. (Sujud syukur!)

Permulaan yang tidak begitu bagus masa hari pendaftaran 05092015 :'( Owh, USM!!!! Please do something. Ubah la sistem masa hari kejadian ke apa. Macam2 la yang jadi pada aku dan kawan2. Aku tak keseorangan lah kiranya. Allah hantar orang yang baik2 senasib dengan aku untuk teruskan perjuangan. Terima kasih banyak Yam, Kinah :D Rasanya takdak hampa rebah tengah jalan dah kot Aina ni. Lari balik KL. Tapi kami gagah. HAHA. Redah sana sini uruskan semua. Alhamdulillah berjaya. Selesai :D Jumpa pulak Umie dengan Athirah, yayy kawan Seseri. Allah temukan kami dekat sini, dari lepas sekolah tu mana pernah jumpa. Yang akan tanya, Aina dah makan? Bakti okay? Tunggu kami pi ambik kita makan sekali. Nanti Umie pinjam helmet kawan, Umie ambik Aina bawak naik scooter. Mengalir air mata dibuatnya. Yang bawak aku pi Tesco masa hari first masuk hostel, sepertinya tahu aku memang tak cukup barang. Terima kasih setinggi Gunung Everest!

Aku masih lagi bertuah ada saudara mara yang tinggal dekat2 sini. Ehhhh, kan Penang dengan Kedah tu kampung aku :P Gembira bukan kepalang lah, bila Chu Non Chu Ton dok layan ambik bawak balik rumah depa, mai hantaq kat USM balik :) Yang selalu tanya, Nadia sihat? Yang pi farmasi cari ubat takut keadaan aku tak stabil. Yang dok tanya nak makan apa, nak beli apa, Chu boleh masak. Moga Allah balas dengan kebaikan juga buat kalian. Jaga aku macam anak sendiri. Pakcik Rody dengan Makcik Mahani yang bagi aku duduk rumah dia masa tak dapat asrama hari tu. Yang hantaq pi rumah Yam supaya aku boleh pi USM sama2 dengan dia. Terima kasih ya Allah permudahkan segala urusan. Masa hujung minggu pertama kebosanan sepertinya kelam tak dapat nak teruskan hidup, Mak Ndak dengan Pak Ndak saja nak datang ke Penang. Ambik aku bawak pi makan2 :P Terharu sangat2 aihhhh.

Bila mana 11 hari sudah berada di sini, aku dah terror la sikit kan. Jalan nak ke kelas, ke kafe, ke pasar malam, ke uptown mall USM, ke masjid, dan beberapa gate di USM ni aku berjaya redah. Kira tak sesat dah la :D Eh banyak jugak tempat aku jejak :P USM besar lah, banyak lagi ko nak kena explore, Aina! Dan kemudian itu, kerinduan memuncak dan dia mengambil keputusan untuk pulang ke kota. 5 jam naik bas dari Butterworth. Bukan lah first time sebelum ni pon balik kampung pernah naik bas sorang2. Tapi kali ni feeling dia lain, counting every hour, second kot nak sampai. Hihi. Now I know macam tu la kot kawan2 di UIA yang tinggal jauh2 tu. 4/5 days di rumah, bahagia betul. Homework takde lagi, makan sedap, semua benda depan mata. Sempat la jumpa kawan2, selesaikan urusan mana yang patut. Tiba masa untuk pulang. Ewaaaahhhh! Sedih, sebak >.< Naik bas turun Sg Nibong. Tudia kat mana lah pulak kan. Terus masuk pulau lah. Mama kata kenal2 lah jalan. Okay. Sampai2 tercangak-cangak rasanya kat sana. Bas Rapid banyak tapi ehhh tak lalu USM. Apekaahhh? Last2 ambik teksi. Lorrrhhhh, dekat je sebenarnya. Selamat sampai ke room sweet room.

Macam dah panjang je aku taip, dok merapu apa Aina? Okay2 nak stop dah. Esok lusa aku balik KL lagi. Raya haji :) I am taking the opportunity lah. Lepas ni kena dok diam2 kat sini. Hek3. Kalau hampa layan baca ja, terima kasih lah. Last sekali, Aina nak minta, doakan Aina untuk terus kuat untuk habiskan pengajian ni untuk teruskan kehidupan di sini :) Insha allah, berkat usaha dan doa semua, aku mampu harungi semua ni. Moga Allah bantu kalian selalu juga :)

*rasa nak update lagi lah lepas ni*

Belanja gamba satu. Hihi. Dia lah budak tu.

1 comment:

Farahin Ahmad said...

Hi Aina! All the best in your study. I know that you'll enjoy it to the max ;)

Hugs from Manchester <3