Salam. Hai. Saja. Cuma rasa nak berceloteh. (eh favourite kot, bukan. eh tak, hobi juga la kot sikit-sikit) HAHA. Apebenda kau ni Aina? Hishhh. Tak tahu nak cakap apa, pergi main jauh2 sana. Maaf tuan-tuan dan puan-puan kalau mengganggu ketenangan anda, you may click the 'X' button on your right up there :) Sekian terima kasih. Okay, okay, nak sambung ni. Mari kita mulakan.
2015, saya kira satu tahun yang baik, antara yang akan dikenang sehingga akhir hayat. Ewaaahhh ape tahun lain tak beri makna untuk kehidupan kau ke? Beri-beri cuma mungkin 2015 lebih lagi. (Sila tepuk tangan). Dalam 2015 itu juga pastinya ada kejatuhan saya. Bukan jatuh tangga atau jatuh tergelincir okayyy! Ups and downs lah kiranya. Ingin sekali saya merakam segalanya di blog ini agar ia akan menjadi lipatan sejarah yang kekal abadi. :)
Tidak dinafikan 2015 itu terlampau banyak kejadian yang best, tak best malahan aneh berlaku dalam hidup saya. Mari saya listkan. Saya ke Singapura bersama teman-teman. Final semester untuk undergrad di IIUM. Grad dari IIUM. Kerja di Mood Republik ( ini pun nak bagi tahu ke? Suka hati lah ;p) Raya dengan bahagia. Interview di USM untuk Master. Bercuti di Down Under. Kehidupan sebagai pelajar semula. STOP STOP. Sudahlah tuuuuu.
Dalam semua yang tersenarai itu ada lagi episod duka lain di antaranya :'( cry cry cry. up until today mengingati kembali peristiwa ini, saya akan sebak mengalir air mata sebab masa itu dunia saya seakan gelap, memang nak terbalik walapun masih mampu berdiri tegak dan berjalan betul. Sepertinya saya masih diberi peluang kedua untuk terus hidup di dunia fana ini. untuk terus berbuat kebaikan dan bertaubat atas segala dosa.
6 August 2015. Semua kisah itu bermula. Badan saya seram sejuk. Bagaikan nak demam. Dan akhirnya memang demam pun panas sangat. Menggeletar. Tak mampu buat apa lagi. Bawah selimut je lah ceritanya. Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena. Sad sad sad. Hari itu juga, saya ke klinik bersama abah. Suhu badan saya 38.9 degree celcius. Hmmmm, apa lagi terus kena ambil darah! Keputusannya hari itu juga, Aina Nadiah kurang darah merah, kurang zat besi. Tak expect tapi expect. Sebab dulu masa 13 y/o memang kena berulang ke hospital untuk hal yang satu ini. After 10 years, it comes back. It really happen.
Inilah dia ubat-ubatan daripada klinik kesihatan itu. Wuwuwuwu. Perit oiiii makan ubat. Bukan lah sejenis yang susah makan ubat tapi kalau dah banyak macam ni, tak lalu oiiiiii. Azab lah sehari-hari kena paksa diri makan. Demam, batuk, selsema, iron tablet, B-Complex, folic acid. Serupa orang mengandung punya ubat pon ada. Adoyaaiiiii.
Rajinnya kau menaip wahai Aina. Eh eh okay saya sambung. Fast forward, on 19th of August 2015, I had been admitted to the hospital :'( Tapi sebelumnya ada lagi rentetan kisah ini. Saya kembali ke klinik untuk follow up, x-ray dan sebagainya. Saya juga hampir dimasukkan ke hospital sebelum tarikh itu. Di keheningan malam, around 830 pm, saya semakin lemah. Lembik. Mama dan abah membuat keputusan membawa ke hospital untuk berjumpa pakar. Sebab asyik demam on off. Nasib baik selera makan okayyy.
So, here I am before admitted itu. Selepas berjumpa dokter dan again ambil darah lagi lebih byk kali ini. Nak nangis, sbb asyik x dapat :'( Jarum juga telah dimasukkan selepas itu. Kena drip air lah. Haih, for the first time in my life. Pengalaman lah. Tapi tak lah best kawan-kawan. Macam kena duduk dekat pusat tahanan >.< Bhahahaha.
See :P Lambat rupanya air tu nak masuk ke badan kita. Setitis-setitis mungkin. Aina cuma acting cool. Try to be relax as possible. Hehe. Tak lawak okay. Doktor cakap it is like I am having fever for unknown reason -.- Kalau macam ni, apa yang perlu saya buat dokter?
Dugaan. Ujian. Pedih. Perit. Betullah kau lebih menghargai bila kau kena tarik nikmat tu daripada hidup kau. Lagi2 nikmat kesihatan. Please guys, don't take your health for granted. Tu semua tanggungjawab kita. 19th of August 2015, aku tumpas juga akhirnya. Berpagi-pagian bersama mama dan abah ke hospital, sebab memang ada appointment. Kalau tak, buat apa nak pergi kan. Hehe. Sekali, doktor pakar kata, KENA TAHAN WAD!!! Hah, I bring nothing along with me that day melainkan handphone dan sedikit wang, obviously sbb bawa purse lah kan. Can I go home first and come back? They replied, SORRY. CANNOT. We won't allow you to do that :'( Terpinga-pingalah Aina Nadiah disitu, masih tidak berapa percaya yang dirinya akan perlu stay di hospital yang tidak diketahui lagi berapa lama :'( akan tidur di atas katil hospital, dipantau oleh dokter2 dan nurse2 yang berkaliber. Dengan tenang, Mama dan abah kata tak apa, mereka akan pulang dan berkemas apa yang saya perlukan :) Terlalu, terlampau baik mereka itu.
Lebih memeritkan keadaan, disebabkan tak cukup vitamin saya perlu diet vege. Kata dokter itu. WHAAAATTTTT??? Can you imagine, makan nasi bersama sup sayur, tahu goreng dan sayur sawi :'( Jika anda mengenali saya, anda akan tahu tabiat pemakanan saya. Yes, saya kurang sangat2 makan sayur. Amat selalu dimarahi, dan masih tak sedar diri. Sepanjang kehidupan saya, saya tidak makan sayur dan juga takut mencuba. Namun, slowly makan carrot. itu sahaja. Seterusnya saya rasa bayam itu sedap. itu sahaja. Percaya atau tidak, ini memang memilukan, sehinggakan saya rasa, kenapa perlu saya disiksa sebegini rupa? (sorry lah hiperbola, sebab saya memang makan sambil pejam mata lalu air mata itu tetap juga mengalir.) Saya cuma ingat satu perkara mama cakap, "Please Nadia, makan! Kesiankan diri sendiri. Mama tak boleh tolong. Pedulikan pahit atau apa saja. Ni semua makanan berkhasiat". And I did. Saya masih ingat bagaimana perasaan dan rasa itu. Of course lah, keesokan harinya saya cheat sikit, mama masak kari ikan, so makan sayur2 yang banyak tu beserta kari ikan. Sedap bukan? Dan sepanjang disana, hari2 yang saya lalui agak bosan. YA BOSAN!!!! Saya sudah penat disuruh berehat....
That is Mahirah :) A future doctor masa ni. Cepat betul masa berlalu. She has just graduated this year. Just week ago. Takpayah gambar besar2. Serabut je hari2. Tak pernah saya membayangkan saya akan memakai pakaian berwarna hijau itu. Mwahaha. Thanks a lot dear friend for visiting me. Terima kasih banyak2 sangat2 kepada yang mendoakan saya agar cepat pulih dan sembuh. Tanpa anda sedari, anda telah menyuntik sokongan moral dalam diri saya. (waahhh, lama benar rasanya tidak berbahasa melayu baku).
SILA JANGAN GELAK!!!
Mimi, thank you for coming :D Siap makan2 dekat kafe lagi bersama-sama. Dan alhamdulillah setelah 3 malam berkampung di hospital, saya dibenarkan pulang. Huuuurrraaaaayyyyyy!!!! Melompat girang dengan kerinduan terhadap rumah yang sudah memuncak. Alhamdulillah. Consider everthing is alright walaupun masih perlu makan ubat :D Perkembangan positif, saya kini dah banyak sikit makan sayur. Hehehe. Pencapaian yang agak hebat disitu. Terima kasih nurse dan doktor yang merawat saya dengan baik sekali, moga Allah balas segalanya yang baik2 untuk kalian.
Ini adalah gambar rentetan sesudah demam :D hihi. Kurusnya waktu ini.
Berat turun dan badan ofcos lah susut sedikit.
Hashtag Kenangan Pahit
Wassalam.
No comments:
Post a Comment