Tuesday, September 6, 2016

Hidup perlu diteruskan

Hidup ini ibarat roda. Kadangkala kita dibawah dan kadangkala kita di atas. Bukan selalu kita boleh berada di awangan kerana kita sentiasa perlu berpijak di bumi yang nyata. Tapi tak salah bukan ada impian dan cita-cita yang tinggi melangit? Cuma, itulah. Siapa yang suka berada di bawah? Perlu bangkit semula selepas melalui episod duka. Saya percaya dalam dunia ini mana ada benda yang senang tersenang yang amat senang sekali. Menipu. Dusta belaka semua itu. Jadi bilamana kita jatuh, kita perlu beri ruang dekat diri kita sebab selama ini mungkin kita rasa selesa, sentiasa hebat, sentiasa di hadapan dan tak pernah rasa berada dibawah yang paling terbawah, maka beri ruang dan peluang dekat diri kita untuk bangun pelan-pelan.

Rome doesn't build overnight.
So does success =)



I have to find my grit once again.

No comments: