Tuesday, October 11, 2016
Antara keinginan dan rasa hati
Ceh ceh ceh tajuk kau. Dah kenapa? Kepala dia dah terhantuk ke dinding gamaknya. Ohh, berhabuk rupanya blog ini. Perkara kehidupanku hanya seperti biasa. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, mandi, breakfast. HAH! pergi kelas, baca thesis, menulis, makan, tidur. Jangan risau, masih berbahagia. Aku rindu rumah, rumahku di Kuala Lumpur. Aku rindu kotaraya itu, terpaling rindu, sehingga mahu mengalirkan air mata. Ini kali lah lama yang paling terlama dalam sejarah duduk di hostel tanpa pulang -.- AHHH, kau sedih ke apa sebenarnya? berhujung mingguan bersama rakan, mengukur shopping mall, seronok juga bukan? Ya, seronok, semalam kawan aku, yang baik dan sungguh baik itu (nama terpaksa dirahsiakan, jangan nak mengorat) HAHA. telah tidak lagi jiwanya tidak keruan setelah dia dan cinta hatinya (eh semalam belum, masih hanya orang yang digemarinya sahaja) ke stage yang seterusnya. Kalau aku kira, kisah mereka macam kelakar. Takpalah, semoga ke jinjang pelamin, doa aku. Sedikit sebanyak disebalik kisah keberjayaan hubungan mereka, aku adalah dalangnya dan tulang belakang. HAHA power kot aku. Nak minta tolong atau khidmat nasihat, okay please email me. takpun PM tepi. Ehhhhh! Susah jugak rupanya tengok orang bercinta. Serba tak kena. Perrrghhhhh. Okay okay, dah takde idea lah, nak tulis apa? Yelah, saya memang bukan penulis. KAH KAH KAH. Apa benda sebenarnya yang keinginan lah rasa hati lah? Susahnya nak cakap. Susahnya nak zahirkan. Tak best lah kena taip taip, kelajuan jari saya menaip tak sama dengan kelajuan otak saya berfikir. Rasa hati ni macam mendalam, mengusik jiwa setiap kali, keinginan terlalu pelbagai, kadang2 sehingga tak perlu. Okay lah, I will stop for now. Later sambung :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment