Thursday, November 3, 2016

Insomnia ke macam ni?

Selamat pagi :') Tahukah kalian, aku sedang berperang dengan sleeping pattern yang amat amat mengarut :'( Letih lah. 2/3 hari ni sakit tekak batuk running nose, dengan ulcer melata di mulut =.= nak makan pun susah TAPI TAPI ia tidak mematah semangat atau mematikan selera aku untuk terus mengunyah. Hehe. Siapa ada masalah tidur? Susah lah macam ni. So yeah, aku akan tidur sekarang dalam pukul 9 malam atau lebih awal dan akan terjaga pukul 1 pagi atau 2 pagi. Tak boleh tidur sehingga jam 5 pagi. Boleh tidur2 ayam sesudah itu, dan akan bangun untuk solat subuh dan juga dek kerana alarm handphone yang annoying itu akan mengeluarkan bunyian2 pelik. Hihi. Dan selepas subuh dengan mudah, akan terlelap kembali sehingga lebih kurang jam 8. Tak suka tak suka. I am a morning person. Teramat jarang sekali aku berperangai tidur kembali selepas Subuh. Tidur selepas subuh adalah TABOO. Adalah sangat tidak bagus. Bagaimana nak ubah keadaan ini? Kerana bila berlaku kejadian tidur yang sebegini, maka siang hari aku juga amatlah tidak produktif. AKU TAK SUKA!!!!!! Aku akan meneruskan siang hari membuat kerja2 domestik sehingga lebih kurang waktu zohor. Dan selepas itu lemau yang tak mahu buat apa2. Akan merasa letih, dan hanya mahu bergolek di katil walapun mengantuk tapi tak dapat lelap >.< Semalam sepetang masa aku dibazirkan begitu sahaja. BUKAN KEHENDAK AKU -.- Malam hari selepas maghrib, biasanya aku mampu buat kerja atau sekurang-kurangnya stay until 11/12 malam. Aku perlukan masa ini untuk terus menulis, menghadap bahan bacaan selalunya. Tapi sekarang tak., hanya dapat tidur 3/4 jam yang berkualiti, walaupun macam tak sepatutnya. Yelah, mungkin terbangun tengah malam tu boleh buat sembahyang sunat, tapi tidur yang tidak lelap dan merapu setiap masa juga adalah tidak elok, tidak baik untuk kesihatan. Sedihnya, nak kata terlalu penat sebelum2 ni, tak pasti lah pula.


Korang, ada cara ke nak ubah semua ni?
Korang mesti pernah alami juga kan?
Ambil masa berapa lama untuk kembali normal?




Yang buntu dan sedih,
Aina Nadiah.

No comments: