Monday, January 2, 2012

Things to ponder



Assalamualaikum...
Semoga tahun 2012 ini menjanjikan sesuatu yang baik buat kalian semua :) Tapi biasalah dalam kehidupan ini tak semuanya indah belaka, pasti disulam dengan sedikit kepahitan.


Sekadar ingin berkongsi langkah awal untuk tahun 2012 ini bersama anda semua, saya tertarik dengan wasiat dan nasihat daripada Imam Hassan al-Banna.



1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  • Maknanya, segeralah tunaikan solat di awal waktu. Usahakanlah semampu terdaya kerana ini membuktikan kesungguhan anda kepada Sang Pencipta.
  • Di situ akan ada sumber kejayaan, pertolongan, dan taufiq. Banyak firman Allah dalam Al-Quran menyeru umat manusia agar menyegerakan solat. 

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,vpergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan  janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  • Bacalah Al-Quran, kelak ia akan memberi syafaat dan menjadi pembela dirimu di akhirat kelak.
  • Selalu berzikir dan terus berzikir. "Sesungguhnya dengan berzikkir, hati-hati kamu menjadi tenang". Di sini adanya ketenteraman, kedamaian, dan keselamatan.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab.

  • Belajar sikit-sikit walaupun sepatah perkataan :) FACT : sebenarnya anda dah lama tahu bahasa arab. Sejak anda tahu bersolat :D
  • Antara malapetaka pertama yang menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya :'( AYUH.


4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara kerana pertengkaran yang kosong tidak memberi apa-apa jua kebaikan.

  • Berdebat berserta adab :) or else silent!
  • Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. SYAITAN!


5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.

  • Senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa.
  • Kata Aristotle,"Belia ditegah daripada menyaksikan hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan, agar tidak menular keburukan dalam diri,".


6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

  • Serius apabila melakukan sesuatu perkara. Bergurau dengan berpada-pada :)


7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

  • Begini, kawal nada suara setakat yang diperlukan oleh pendengar kita :)


8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

  • Hindarilah mengumpat. Saya tahu mungkin susah tapi perubahan itu perlu kan? Perkatakanlah kebaikan demi kabajikan bersama.
  • Bertaubatlah jika kamu mengumpat. Minta ampun daripada orang yang kamu umpatkan. Namun mengumpat itu dibolehkan jika untuk menuntut keadilan apabila dizalimi, untuk menghapuskan kemungkaran, etc etc.


9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

  • Salam kasih sayang buat semua :)


10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

  • Gunalah waktu yang anda ada dengan bijaksana :) TIME IS GOLDEN.


p/s : saya ubah sikit-sikit dangan menggunakan bahasa yang lebih mudah untuk difahami.



AINA NADIAH.

3 comments:

Siti Hajar said...

selamat tahun baru aina! semoga tahun ini lebih baek dari tahun lepas... =)

Siti Hajar said...

btw lupe pulak. kalau nak jumpe bole jer. saya balek bulan 7 dan 8. kalau roger2 time tu, insyaAllah ade... =)

Aina Nadiah said...

same goes to you :) happy new year.haa, we'll see how, since awk kata awk tggl area KL & SEL, dekat je kot. semoga dapat jumpa :D