Friday, February 25, 2011

Cinta itu subjektif.

Cinta. Pada pendapat saya, ia sungguh subjektif. sudah pastinya satu perkataan 5 huruf ini membawa definisi yang pelbagai dari segenap aspek mahupun pemikiran masing-masing. Pada seseorang yang berfikiran matang, sudah tentulah berfikiran cinta ini sesuatu yang positif dan cukup indah. Namun, cinta juga ada kalanya menyakitkan. 

Dalam sebuah hubungan cinta, suatu perkara normal jika disulami dengan keceriaan dan kegembiraan, dan dalam masa yang sama juga kedukaan dan kesedihan. Itulah hakikat dalam sebuah perhubungan. Ada pasang dan surutnya. Itulah adat resam orang bercinta.

Tetapi apabila mendirikan rumah tangga, mengapa ianya tidak mampu bertahan lama? Tiada persefahaman itulah katanya. Mengapa semasa enak bercinta semuanya mampu berlandaskan sefahaman? Mampu bertolak-ansur,sanggup berkorban dan sebagainya? Tetapi apabila sudah bersama, ada sahaja yang tidak kena. Mengapa hubungan cinta yang disemai dan dibajai selama ini tidak mampu bertahan apabila sudah terjalinnya satu ikatan yang sah? Itulah yang membuatkan cinta itu indah dipandang, disentuh dan dimiliki. Namun jika tidak pandai memeliharanya ia akan bertukar menjadi tragedi yang amat menyakitkan, memedihkan, dan memilukan.

Cinta memang tidak pernah mengenal siapa dan bila kerana hadirnya tanpa dipaksa. Cinta berbeza usia, bertuk fizikal, status, mahupun ketidaksempurnaan diri. Walaupun dua hati ini berbeza, mereka masih mampu bersatu besama-sama membajai cinta dengan harapan dapat hidup bersama selama-lamanya. Tarikan dan ikatan yang ada ini membentuk cinta lalu saling berikrar untuk menempuh setiap rintangan dan dugaan yang mendatang. Kejujuran, persefahaman, dan saling melengkapi harus dijadikan tonggak buat pasangan-pasangan ini dalam memperjuangkan cinta mereka.

Namun, jangan sekali-kali menjadi cinta itu sebagai objek untuk memuaskn nafsu semata-mata. Ia hanya akan merosakkan diri kalian lalu mencorakkan masa depan yang gelap apabila berlakunya perkara-perkara sumbang mahram yang mana menjurus kepada maslahat yang lebih teruk. Berfikirlah secara rasional dan matang sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Walau bagaimanapun, kalian adalah orang yang paling berhak untuk membbuat keputusan. Tuntasnya, saya ingin menasihati kalian semua agar mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain.




.AINA NADIAH.

4 comments:

Anonymous said...

subjektif lg susah nk score than objective. same goes to love thingy.

K said...

whoaa~ nice dear! yup, I do agree. love is something that is very subjective. it varies from a person to another. :)

but I do hope that your love life will be a good one. I wish the best for you dear sista! <3<3<3

Aina Nadiah said...

meny : yeahh! bkn exam aje kn,can be applied in love thingy!haha:))

Aina Nadiah said...

tini : u too dear sista:PP but rite now,i dun have one=.= ngee :)
if u got, show me tau ^_^