Assalamualaikum wbt.
Saya mengambil keputusan untuk tidak mencoretkan apa-apa di sini buat seketika. Ada sebabnya. Tetapi kejadian yang berlaku ke atas saya baru-baru ini benar benar menguji kekuatan diri saya. Saya kira, saya perlu meluahkan di sini namun tetap "diprivatekan" hanya buat sementara waktu. Sudah lama benar rasanya saya tidak menulis dalam bahasa ibunda. Jadi, pada entri kali ini, insya'allah Bahasa Melayu sepenuhnya.
Sebenarnya, pada hari Jumaat yang lalu, saya telah pulang ke kampung di Pulau Pinang untuk melawat datuk saya :) dan bercuti bersama makcik,pakcik dan seorang sepupu saya. Owh yea, kakak saya pun ada bersama :P Di pendekkan cerita, kepulangan saya ke Penang hari itu benar-benar menguji tahap keimanan, kepercayaan saya terhadap qada' dan qadar sekaligus kebergantungan saya terhadap Allah yang Maha Esa.
Saya amat sedih bila terkenangkan apa yang terjadi. Perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke sana lancar seperti yang diharapkan. Alhamdulillah. Namun, bila tiba di kampung, saya jatuh kasihan melihat keadaan wan (panggilan saya kepada datuk)! Dia sungguh uzur dan tidak mampu berbuat apa-apa. Segalanya perlukan pertolongan. Memanglah dia sudah tua dimamah usia, tetapi saya tidak sanggup melihat keadaannya kerana pada Aidilfitri yang lalu, dia kelihatan seperti biasa. Saya menangis semahunya. Sampai bengkak-bengkak lah mata~ Saya cuba menahan tetapi air jernih itu tetap mengalir. Kata-kata dan pesanan daripada wan betul-betul memberi pengajaran dan saya juga berharap ia melekat di hati saya sampai bila-bila. Ya, Allah itu Maha Kuasa. Kita perlu berikhtiar, dan selebihnya berserah. Wan juga ada mengatakan bilamana tiba masanya, kita perlu kembali kepada-Nya.
Kami tetap meneruskan rancangan untuk bercuti sedikit di pulau mutiara. Walaupun tidak sampai hati untuk meninggalkan wan, kami pergi jua sebentar. Kami menaiki feri ke pulau dan bermalam di Hotel Continental :) menikmati makanan yang lazat-lazat sebelah malamnya di Padang Kota. Saya teringat saat-saat saya bercuti ke Penang bersama Azue, Nadia dan Amni :D Oleh sebab terlalu keletihan, selepas makan kami terus pulang ke hotel dan tidur sehingga keesokan paginya.
Pagi-pagi lagi, kami menikmati sarapan yang disediakan di hotel. Lalu, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Bendera. Owh, kereta api baru rupanya.bukan lagi seperti dahulu yang berwarna merah dan agak lambat. Kami bersiar-siar di kawasan atas dan merakamkan kenangan dengan mengambil beberpa keping gambar :D Sejuk dan indah permandangan di atas sana. Hmmm, di sana juga, di atas bukit yang aman dan damai itu, sekali lagi saya diuji. Memang tidak terlalu berat tetapi ia tetap meguji saya. Tidak perlu saya ceritakan di sini mungkin. Hehe. Selepas itu, perjalanan menuruni bukit itu dengan kereta api tadi bagaikan roller coaster :P Terjerit-jerit semua kanak-kanak :D
Kami mengambil keputusan untuk makan tengah hari di Nasi Kandar Line Clear :) kata semua,sedap rasanya. Jadi untuk pertama kalinya saya ke sana, memang sedap. tip top. Pada sesiapa yang belum mencuba, silalah. Macam-macam ada. Cuba juga cendol dan ABC di Penang. Senang cerita, makanan tidak menjadi masalah. Seterusnya, kami membeli-belah sedikit di Pasar Chowrasta~ Bahagian saya, tidak sedikit saya kira & saya bagaikan terpukau dengan itu dan ini. Lupakan tanda harga. Hehe. Namun semuanya masih di bawah bajet saya. Tamatlah, percutian saya di sana dan kembali ke rumah wan.
Dari Telok Air Tawar, kami menuju ke Bukit Mertajam pada malamnya. Saya hanya mengikut. Seperti juga makcik dan pakcik saya. owh terlupa pula, ayah saya juga pulang ke Penang pada pagi Sabtu untuk melihat sendiri keadaan wan. Keadaan wan serba tak kena. Jadi, ayah saya mengambil keputusan untuk menjaga wan di sana dan kami pulang ke Kuala Lumpur seperti yang dirancangkan. Saya juga ada tanggungjawab lain, menguruskan rumah :) buat apa-apa yang patut(bila menerima arahan mama), menemani mama dan Firdaus dan sebagainya.
Pada hari Ahad sebelah petangnya, kami pulang ke Kuala Lumpur. Saya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya buat pertama kalinya dalam hidup saya. Sedih sangat bila terkenangkan kejadian itu. Kejadian yang berlaku ini saya dapat kaitkan dengan 'Kita tidak dapat mengubah takdir Allah'. Semuanya masih segar dalam ingatan saya. Banyak kereta di atas lebuh raya ketika itu. Seperti biasa, kebanyakannya akan memecut laju. Kereta yang saya naiki cuba mengelak kereta hadapan yang melakukan brek secara mengejut bagi mengelakkan perlanggaran. Namun, kereta belakang yang laju tidak sempat membrek lalu merempuh kereta yang kami naiki. Ya, four wheel drive. Dan ketika itu, saya hanya mengucap dalam keadaan yang panik teramat sangat. Kami semua yang berada di dalam kereta selamat. Alhamdulillah. Secara zahirnya, kami memang tidak mengalami sebarang kecederaan cuma kami berasa sengal-sengal di bahagian, bahu, belakang dan semuanya mungkin.
Secepatnya, kami keluar daripada kereta untuk menyelesaikan apa yang patut. Plus peronda juga datang menghulurkan bantuan. Kami menunggu di tepi jalan. Serba tak kena. Berdiri, duduk, semua lah. Saya hanya beristighfar pada waktu itu, menenangkan hati. Setelah selesai segalanya, kami bergerak ke Balai Polis Kuala Kangsar untuk membuat laporan dengan menaiki kereta yang remuk di bahagian belakang akibat kemalangan tadi. Sedih. Saya menggigil ketakutan dan kata mereka, saya yang paling pucat sekali :(
Tiba di Balai Polis Kuala Kangsar, kami membuat laporan. Kereta yang kemalangan tadi akan ditarik oleh towing car ke Kuala Lumpur untuk diperiksa dan dibaiki. Saya, kakak dan seorang sepupu memunggah semua barang dan mengunggu seorang sepupu kami yang akan tiba untuk membawa kami pulang ke Kuala Lumpur. Sudah pukul 7.30 ketika itu. Kira-kira jam 8.30 malam, kami bertolak ke KL dan tiba pada jam 11.30 malam.
Saya hanya diam membisu. Saya berfikir pastinya ada hikmah di sebalik kejadian ini. mungkin saya tak nampak sekarang tapi pada masa akan datang. Wassalam.(saya rindu hendak menulis).
AINA NADIAH.
1 comment:
ainaaaa....takutnya baca....
alhamdulillah selamat....take care darling...miss u so much....
Post a Comment