Friday, May 20, 2011

SYAMIL SOFIAH



Syamil,satu perkara : aku rindu kau.bila tiba-tiba kau minta maaf dari aku,aku terfikir salah siapa sebenarnya? aku mahupun kau. aku tak tau kenapa masa solat tadi, air mata aku mengalir.seriously syamil,aku rindu kau. aku taknak kehilangan kau.


aku pun nak kau tahu,kau lah kawan yang sangat2 lama berkawan dgn aku and still sampai sekarang aku tak pernah lupa kat kau. kau ingat tak? kita kenal dari darjah satu lagi.rehat sama2.kita sharp pencil bwh meja.aku pergi rumah kau.kau pun selalu datang rumah aku. naik pentas setiap tahun dah jadi rutin wajib kita. dan aku mesti kalah satu nombor bawah kau. aku tau, Syamil aku hebat.


kau ingat tak? kita membesar sama2. main basikal.pusing2 sana sini. dapat jadi pengawas sama2. pergi ihtifal. aku tak pernah lupa semua kenangan kita tu. ingat tak,kita selalu lepak dekat taman.walaupun taman tu tak best.tapi bila lepak sama2, tak pernah bosan . aku ingat bday present yg ko penah kasi kat aku. buku tu ada lagi.


Aku sedar masa Form 1 kita dah jarang jumpa. yelah, kau dah bawa diri pergi sabak bernam. Syamil aku hebat.intersaber.sekolahberasramapenuhintergrasisabakbernam. bukan calang2 sekolah. sedikit sebanyak merenggangkan hubungan kita. aku perasan kau byk berubah sejak masuk sepintar. alhamdulillah, kau berubah ke arah kebaikan. aku gembira. dan satu benda aku kagum tentang kau, kau istiqamah.Cuti2 je,kita selalu jumpa.bercerita itu dan ini. aku rindu itu semua.


Masa asasi, kita sama2 dpt masuk UIA. sama course pulak tu. tapi rezeki kau asasi setahun aje. Syamil aku hebat! aku gembira utk kau. aku masih lagi terkapai-kapai. tak sama dorm, menjarakkan lagi antara kita. walaupun kita sentiasa tegur bila berselisih. aku rindu nak borak-borak lama-lama,panjang-panjang dgn kau. tapi aku tau kau sibuk. kau ada jawatan. org nmpk kredibiliti kau. aku tau kau boleh memimpin. aku nak kau tau aku langsung tak salahkan kau. langsung tak.


Syamil, lepas ni kau dh nak masuk Gombak.aku still kat Nilai. doakan aku. aku sentiasa doakan kau dipermudahkan dalam apa2 je yg kau buat dan berjaya capai apa yang kau hajatkan. believe me...you have a BIG heart even you are a small size girl. 


Aku nak kau tahu aku sentiasa ada utk kau. walaupun kau ada ramai kawan,aku harap kau tak lupa aku.aku teramat rindu kau.
Aku sayang kau, Syamil Sofiah♥♥♥ terima kasih atas segalanya.




ni kali terakhir kita amik gamba sama-sama.



Ikhlas,
AINA NADIAH MASHOR ♥♥♥

4 comments:

bahiyah said...

such a sweet friend u are aina :')
reminds me to my bestfriend.

muhammad ariff said...

seriusly ,citer paling best :), citer nie remind me kat kawan lama saya :)

halawatul iman said...

thanx aina..T_T....moga Allah redha:))

Aina Nadiah said...

baie : thanx:P
ariff: hee :D
sofiah: welcome :P aminn~